Saturday, 20 May 2017

Peta Kelantan








Kelantan Darul Naim (Jawiکلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan k asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi NarathiwatThailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan

Maklumat Syarikat








The Bulan Enterprise

Address: No 32, Kampung Layat,17600, Jeli, Kelantan,

Phone Number: 0121241234

Email: muhdsyakir98@yahoo.com


Tempat-Tempat Menarik di Kelantan

1.Air Terjun menarik di Kelantan




Kelantan mempunyai banyak air terjun menarik yang sentiasa dikunjungi masyarakat setempat dan juga pelancong dari luar. Malah salah satu air terjunnya iaitu Air terjun Jelawang adalah air terjun tertinggi di Asia tenggara. Berikut adalah senarai air terjun yang boleh dikunjungi semasa percutian di Kelantan.


2.Pasar Siti Khadijah




Pasar ini cukup terkenal dan menjadi tarikan pelancong yang bercuti di Kelantan. Ia adalah sebuah kompleks perniagaan barangan tempatan seperti makanan, pakaian, kain batik, tudung dan bermacam-macam lagi. Bagi pelancong yang melawat Kota Bharu, ia adalah destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Pasar Siti Khadijah.


3.Pantai Geting



Satu lagi pantai yang cantik di Kelantan ialah Pantai Geting yang terletak bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh. Pantai ini turut menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong luar untuk berehat menikmati pemandangan laut yang menarik. Ia merupakan tempat rekreasi dan perkelahan di hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Kawasan pantai yang luas berpasir landai sangat sesuai untuk mandi manda. Malah ramai yang bermain layang-layang, bola tampar pantai dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin bercuti, ada resort dan homestay berhampiran pantai yang boleh dijadikan lokasi penginapan.


4.Pusat membeli-belah Bukit Bunga



Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utama Timur Barat dari Perak ke Kelantan pasti pernah singgah di pusat membeli-belah Bukit Bunga. Kawasan yang bersempadan dengan negara Thailand ini terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai barangan dari negara jiran tersebut dan juga barangan tempatan dengan harga murah. Kebanyakan pengunjung singgah untuk membeli-belah, menjamu selera atau untuk rehat dan rawat kerana disini terdapat kemudahan tandas awam, masjid, wakaf dan tempat letak kereta.


5.Pantai Tok Bali



Pantai Tok Bali ialah tempat menarik di Kelantan yang cukup terkenal. Ia adalah sebuah pantai yang cantik dan mempunyai beberapa resort menarik untuk bercuti. Antara resort yang popular dikalangan pelancong ialah Tok Aman Bali Beach Resort, Sudara Beach Resort, Dee Wana Resort dan Villa Danialla Beach Resort. Selain bersiar ditepi pantai dan mandi laut, aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah memancing, melawat tempat menarik disekitar kawasan ini seperti replika kapal, jambatan melengkung serta menjamu selera dengan ikan bakar dan makanan laut lain yang segar. Pantai Tok Bali adalah pilihan paling popular untuk percutian pantai di Kelantan pada masa ini.


Makanan Sedap di Kelantan


1.Kuih Lompat Tikam
Lompat Tikam
Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti Kuih Lompat Tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.
2.Nasi Kerabu

Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.
3.Kuih Akok


Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.

Aktiviti - Aktiviti Menarik di Kelantan


1. Wau Bulan


Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal daripada perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti KelantanTerengganuPerlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti SelangorMelaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.


2.Dikir Barat

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

3.Wayang Kulit

Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka. Wayang Kulit dari segi rekod bertulis berasal dari China, sejak Dinasti Han.[1]
Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi IndonesiaThailand, dan Malaysia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur dan utara semenanjung Malaysia seperti di KelantanKedahPerlis dan Terengganu.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.
Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Wayang kulit Indonesia telah diakui oleh UNESCO pada tanggal 7 November 2003, sebagai karya kebudayaan yang mengagumkan dalam bidang cerita narasi dan warisan yang indah dan berharga (Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity). Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.

Tempat Penginapan

Sudara Beach Resort
Tempat menarik untuk bercuti di Kelantan yang seterusnya ialah Sudara Beach Resort. Ia terletak di kawasan percutian pantai popular iaitu Pantai Tok Bali. Jika anda merancang untuk berehat bersama keluarga di kawasan pantai, resort ini boleh dimasukkan dalam senarai lokasi pilihan anda. Lokasinya yang strategik dan harganya yang murah sangat sesuai bagi anda yang inginkan sebuah percutian bajet.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa bercuti di Sudara Beach Resort ialah:


Aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa bercuti di Sudara Beach ialah:

  • Permainan sukan air dan sukan pantai.
  • Outdoor Karaoke.
  • Tele Match.
  • BBQ.
  • Memancing.
  • Melawat kampung nelayan.
  • Mengunjungi pasar malam.


Antara kemudahan yang disediakan di Sudara Beach Resort ialah:
Wi-Fi percuma

Tempat meletak kereta
Kolam renang
Spa
Taman permainan kanak-kanak
Restoran

Lokasi / Alamat:
Sudara Beach Resort
Lot 128 Mukim Telong, Jalan Tok Bali,
16300 Bachok,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +609 778 8880
H/p: +012 319 0009
Email: sales@sudarabeachresort.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM125.