1.Air Terjun menarik di Kelantan
Kelantan mempunyai banyak air terjun menarik yang sentiasa
dikunjungi masyarakat setempat dan juga pelancong dari luar. Malah salah satu
air terjunnya iaitu Air terjun Jelawang adalah air terjun tertinggi di Asia
tenggara. Berikut adalah senarai air terjun yang boleh dikunjungi semasa
percutian di Kelantan.
2.Pasar Siti Khadijah
Pasar ini cukup terkenal dan menjadi tarikan pelancong yang
bercuti di Kelantan. Ia adalah sebuah kompleks perniagaan barangan tempatan
seperti makanan, pakaian, kain batik, tudung dan bermacam-macam lagi. Bagi
pelancong yang melawat Kota Bharu, ia adalah destinasi pelancongan yang mesti
dikunjungi.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Pasar Siti Khadijah.
3.Pantai Geting
Satu lagi pantai yang cantik di Kelantan ialah Pantai Geting
yang terletak bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh. Pantai ini turut menjadi
pilihan penduduk tempatan dan pelancong luar untuk berehat menikmati pemandangan
laut yang menarik. Ia merupakan tempat rekreasi dan perkelahan di hujung minggu
dan musim cuti persekolahan. Kawasan pantai yang luas berpasir landai sangat
sesuai untuk mandi manda. Malah ramai yang bermain layang-layang, bola tampar
pantai dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin bercuti, ada resort dan homestay
berhampiran pantai yang boleh dijadikan lokasi penginapan.
4.Pusat membeli-belah
Bukit Bunga
Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utama Timur Barat dari Perak ke
Kelantan pasti pernah singgah di pusat membeli-belah Bukit Bunga. Kawasan yang
bersempadan dengan negara Thailand ini terdapat deretan gerai yang menjual
pelbagai barangan dari negara jiran tersebut dan juga barangan tempatan dengan
harga murah. Kebanyakan pengunjung singgah untuk membeli-belah, menjamu selera
atau untuk rehat dan rawat kerana disini terdapat kemudahan tandas awam,
masjid, wakaf dan tempat letak kereta.
5.Pantai Tok Bali
Pantai Tok Bali ialah tempat menarik di Kelantan yang cukup
terkenal. Ia adalah sebuah pantai yang cantik dan mempunyai beberapa resort
menarik untuk bercuti. Antara resort yang popular dikalangan pelancong ialah
Tok Aman Bali Beach Resort, Sudara Beach Resort, Dee Wana Resort dan Villa
Danialla Beach Resort. Selain bersiar ditepi pantai dan mandi laut, aktiviti
lain yang boleh dilakukan ialah memancing, melawat tempat menarik disekitar
kawasan ini seperti replika kapal, jambatan melengkung serta menjamu selera
dengan ikan bakar dan makanan laut lain yang segar. Pantai Tok Bali adalah
pilihan paling popular untuk percutian pantai di Kelantan pada masa ini.
No comments:
Post a Comment